Lawatan CEO DreamEdge ke FTKMA

Lawatan CEO DreamEdge ke FTKMA

Pada 2 Disember 2019, FTKMA telah menerima lawatan daripada CEO DreamEDGE Sdn. Bhd, Datuk Khairil Adri Adnan. Lawatan ini adalah bersempena program CEO@faculty. Bersempena lawatan ini, Datuk Khairil Adri telah dibawa melawat beberapa fakulti di UMP Pekan.

Pada 2 Disember 2019, FTKMA telah menerima lawatan daripada CEO DreamEDGE Sdn. Bhd, Datuk Khairil Adri Adnan. Lawatan ini adalah bersempena program CEO@faculty. Bersempena lawatan ini, Datuk Khairil Adri telah dibawa melawat beberapa fakulti di UMP Pekan. Ketika melawat FTKMA, Datuk Khairil Adri telah dibawa melawat beberapa makmal. Antaranya adalah makmal pemesinan, makmal Human Engineering Group, dan juga makmal Automotif. Lawatan ini telah diiringi oleh Timbalan Dekan Penyelidikan FTKMA, Ir. Dr. Mohd Hafizi Zohari dan juga Prof. Madya Dr. Ir. Mohd Faiz Turan, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik. Selain itu, lawatan ini juga membolehkan Datuk Khairil Adri melihat sendiri fasiliti dan projek yang dihasilkan di FTKMA. Selain itu, ia juga membuka peluang bagi FTKMA UMP dan DreamEDGE Sdn. Bhd untuk meneroka peluang kolaborasi yang boleh dilakukan pada masa hadapan. DreamEDGE Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan beberapa jenis inovasi, daripada produk dan proses inovasi, kepada perniagaan dan inovasi servis. DreamEDGE Sdn. Bhd juga telah membangunkan syarikat tempatan yang berstatus Research and Development (R&D) yang telah diiktiraf oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

 


Print   Email