Mesyuarat Panel Penasihat Industri 2019

Mesyuarat Panel Penasihat Industri 2019

Satu mesyuarat Panel Penasihatan Industri atau lebih dikenali dengan Industrial Advisory Panel (IAP) bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif (Program Kerjasama dengan HsKA Germany) telah diadakan pada 23 Disember 2019 bertempat di FTKMA UMP Pekan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dekan FTKMA UMP, Prof. Dr. Mahadzir Ishak@Muhammad. Panel jemputan adalah Ir. Haji Mahmood bin Mohd Shukri (CEO, MECIP Global Engineers Sdn. Bhd) dan En. Mohd Abdul Hadi Osman (Manager, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd (DEFTECH)). 

Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan input daripada pihak industri selaku salah satu pemegang taruh bagi program akademik di UMP yang akan terlibat dalam proses jaminan kualiti ini. Ia merangkumi penilaian dan perbincangan berkaitan objektif program, kesesuaian struktur kurikulum berdasarkan pasaran kerja semasa, program pembangunan pelajar terutamanya berkaitan kompetensi Bahasa Jerman, dan lain-lain. Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira 3 jam ini telah berjaya memperolehi pelbagai maklumbalas dan input yang positif telah diperolehi bagi menambahbaik program ini. Pihak fakulti ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan panel industri yang sudi hadir bagi menjayakan mesyuarat ini.


Print   Email