Industrial Talk by CEO of UIE Solutions

Industrial Talk by CEO of UIE Solutions

Pada 09 Disember 2019, FTKMA telah mengadakan program ceramah industri (Industrial Talk) yang berkaitan dengan tajuk Welding Inspection in Industry. Ceramah ini telah disampaikan oleh CEO UIE Solutions (M) Sdn. Bhd, Ir. Mohd Nizam Yaacob.

Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama, FTKMA. Ia turut dihadiri oleh staf FTKMA dan para pelajar yang sedang mengambil kursus subjek Welding and Joining Technology. UIE Solutions merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 2016. Syarikat ini memfokuskan dalam servis konsultansi pemeriksaan, ujian non-destructive, corrosion engineering, dan pengurusan integriti aset kepada industri minyak dan gas, petrokimia, fabrikasi, dan industri pembinaan di Malaysia dan di luar negara. Ir. Mohd Nizam mempunya pengalaman luas dalam bidang konsultansi berkaitan industri minyak dan gas. Sesi perkongsian ini nyata telah memberikan pelbagai input berguna buat para pelajar dan staf FTKA berkenaan proses pemeriksaan kimpalan yang dilakukan di industri.


Print   Email